- Bekerja dengan meletakkannya sebagai satu ibadah dalam melaksanakan tanggungjawab dan komited untuk memberikan rawatan dan layanan yang terbaik
- Menjadi sebuah pusat dialisis yang mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti dan berinovasi melalui perawatan yang ditawarkan serta menyediakan persekitaran yang selamat, selesa dan menyenangkan kepada pesakit
- Menetapkan kompentensi, disiplin yang tinggi dan perawatan yang berkualiti kepada setiap kakitangan
- Sentiasa mengutamakan tahap kesihatan dan keselamatan pesakit.
- Mewujudkan suasana yang tenang dan bersifat kondusif di mana pesakit dapat merasakan seperti berada di rumah sendiri semasa menjalani rawatan.
- Meringankan bebanan pesakit dengan menyediakan segala kemudahan seperti menyediakan pengangkutan, makanan, surau dan ruang menunggu yang selesa untuk ahli keluarga yang menunggu.