Friday, 27 October 2017

Lokasi Pusat Dialisis Nefro i - Care




Lokasi yang strategik terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di mana merupakan sebuah kawasan baru yang berdekatan dengan dua buah Hospital yang utama iaitu Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Kawasan ini memberi akses yang mudah kepada pesakit yang datang dari kawasan berhampiran seperti Kajang, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya dan Serdang. Selain itu terdapat juga Pasar Borong Selangor serta pasaraya besar seperti Jaya Jusco ,Giant dan lain-lain prasarana seperti Pejabat Pos dan bank-bank utama yang mana memberi kemudahan kepada ahli keluarga yang menghantar atau menemani pesakit sekiranya mereka perlu menguruskan hal-hal peribadi sambil menunggu pesakit menjalani rawatan.


Lokasi premis yang tidak terletak di kawasan baru yang kurang sesak memudahkan perjalanan ketika pesakit hadir untuk rawatan. Kawasan kurang sesak ini juga boleh membuatkan pesakit merasa lebih tenang ketika rawatan.